Rakan Wirausaha dan Wiramahir
Impian anda untuk mengurus dan menceburi kerjaya dalam bidang perniagaan atau pengurusan diri. Pendedahan kepada khidmat nasihat, motivasi dan pusat sumber membolehkan remaja menimba ilmu yang bermanfaat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya.
Rakan Muda Inovasi
Satu program yang bertujuan untuk melahirkan golongan pereka dan pencipta muda yang mempunyai bakat mereka cipta dan bukan hanya bertindak sebagai penguna dimana perserta akan dibimbing denag tenaga pengajar dan terlatih dan pakar dalam sesuatu bidang ke arah golongan muda yang kreatif , positif dan bermakna.
Rakan Seni Budaya
Menyerlahkan bakat golongan remaja dengan menceburi Rakan Seni Budaya. Selain memberi pendedahan kepada peserta tentang seni dan budaya. Mempertingkatkan pemikiran tentang pentingnya menghargai nilai budaya kita agar ia dapat terus diwarisi
Rakan Masyarakat
Peserta dilatih dari segi kepimpinan, bina semangat, paramedik, khidmat nasihat, kerja sosial, kejiranan, gotong-royong, balik kampung dan program mentor. Penerapan nilai murni akan memantapkan lagi para peserta dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara.
Rakan Kecergasan
Aktiviti yang dijalankan merangkumi larian, senamrobik, ujian kecergasan, gim rakyat dan kegiatan aerobik. Ini membolehkan remaja mempertingkatkan prestasi dan daya ketahanan disamping mendapat kepuasan daripada bidang yang diceburi
Rakan Wajadiri
Rakan Waja Diri Peserta boleh mempelajari seni mempertahankan diri seperti silat, taekwando, karate-do, wushu, judo, silambam, kalari payat dan aikido. Selain untuk mengisi masa lapang dengan bergiat cergas dan mempelbagaikan kemahiran ia juga dapat mempertingkatkan daya ketahanan diri dan kawalan emosi
Rakan Cinta Alam
Aktiviti peserta meliputi pengkajian perkembangan bandar dan desa, tempat bersejarah dan menghargai keindahan alam semulajadi. Ianya dapat meningkatkan kesedaran tentang Pentingnya menjaga dan mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment